Sunday, 1 May 2011

what i want...

emm..i don't know what i want to write actually.....it is already on my mind but i can't make it out...hohoho...o ya, my expectation on this month is to save my money properly...actually, that is my determination this year but i fail....so,i want to wake up again because it is better for my future. to make it success, i must discipline myself and use my money properly. money is not everything but if you have no money that is one of your problem.
effort and discipline will help us to achieve what we desire... ^^

Friday, 18 February 2011

ADAKAH WARNA MEMPENGARUHI MOOD???

Seringkah Anda merasa tubuh kurang selesa? Bukan hanya tubuh, tetapi hati dan perasaan pun tidak selesa.
Hal sedemikan sering dipanggil “mood”. Tubuh Anda tidak sakit, tetapi tidak ada merasa untuk melakukan sesuatu. Jangan terburu-buru berpikir anda mempunyai penyakit. Jangan-jangan tubuh anda hanya kekurangan salah satu unsur warna saja.
Warna, sejak zaman Mesir Kuno memang sudah dipercayai mempunyai pengaruh yang besar pada tubuh (fizik, emosi, dan mental) manusia. Warna mempengaruhi aura tubuh sehingga jika tubuh berlebihan atau kekurangan salah satu warna, akan terjadi ketidakseimbangan tubuh yang akhirnya mempengaruhi mood dan kesihatan tubuh.
Menurut Gitta S van Engelen, pengamal terapi warna, warna memang mempunyai kekuatan untuk tubuh. Warna bukanlah ubat, tetapi ia bisa membantu proses penyembuhan sebuah penyakit lewat gelombang atau vibrasinya. Dalam buku Colour Therapy, Pengaruh Dan Kekuatan Warna Dalam Kehidupan dikatakan, terapi warna adalah penyembuhan sebuah penyakit dengan mengaplikasikan warna-warna yang tepat untuk penyembuhan dalam bentuk yang lebih efektif berbanding sinaran matahari.
Contoh sederhana bahawa warna sangat mempengaruhi tubuh jika seseorang masuk ke ruangan yang berwarna hitam kelam atau coklat tua. Tubuh dan pikiran orang itu tidak akan rasa berlama-lama di ruangan itu. Jika ada warna yang membuat tubuh dan fikiran merasa tidak selesa/sedap, tentu ada kombinasi warna lain yang boleh membuat orang merasa rileks dan tenang.

Terapi Warna Menyeimbangkan Aura Tubuh
Warna mempengaruhi setiap orang, walau apa pun isinya. Oleh kerana itu terapi warna juga boleh diterapkan pada kanak-kanak dengan keperluan khusus seperti sindrom down, autis, kanak-kanak dengan kecerdasan di bawah normal, disleksia, kanak-kanak kesulitan untuk belajar dan sebagainya.

�Penggunaan terapi warna sangat membantu anak-anak untuk menyalurkan marahnya. Mereka mengamuk kerana orang lain tidak mengerti apa yang mereka inginkan. Jika mereka terlatih untuk menjalani terapi warna sendiri, mereka boleh menghilangkan rasa marah itu dengan menyerap warna tertentu,� kata Gitta yang mempraktikkan terapi warna di sekolah International Center for Special Children in Education, Jakarta Selatan.
Aura kanak-kanak dengan keperluan khusus biasanya tidak seimbang. Aura mereka cenderung berwarna hitam. Namun setiap kanak-kanak mempunyai peningkatan kecenderungan yang berbeza.
�Terapi warna tidak boleh diberikan kepada seluruh murid sekaligus kerana keperluan mereka berbeza-beza. Biasanya saya melakukan bertanya dulu, baru menentukan warna apa yang mereka perlukan pada saat itu. Sebaiknya sebelum melakukan terapi warna, bincang dulu dengan ahli terapi warna untuk menentukan warna apa yang tubuh kita perlukan,� jelas Gitta.
MENENTUKAN warna yang diperlukan memang sebaiknya dilakukan oleh ahli terapi warna. Namun seseorang boleh medapatkan sendiri warna yang diperlukan. Yang perlu diingat, tubuh memiliki tujuh buah cakra yang sangat dipengaruhi oleh warna.

Dalam buku Colour Teraphy ditulis:
Warna merah – berhubungan dengan cakra dasar yang mempengaruhi kecergasan, kekuatan, seksualiti, dan kesedaran. Merah boleh mengatasi anemia, kekurangan tenaga, mati pucuk, tekanan darah rendah, penyakit kulit, dan jangkitan saluran kencing.

Warna Jingga – berhubungan dengan cakra limpa yang mengatur sirkulasi dan metabolisme. Warna ini juga berhubungan dengan kegembiraan dan keceriaan.

Kuning – berhubungan dengan dengan cakra solar plexus yang mempengaruhi intelektual dan mengambil keputusan. Warna kuning juga boleh mengawal konsentrasi haid.

Hijau – berhubungan dengan cakra jantung. Hijau adalah warna penyembuh kerana ia menyeimbangkan dan menstabilkan tenaga tubuh.

Biru – berhubungan dengan cakra kerongkong. Warna ini sangat menenangkan dan sangat baik untuk insomnia, melegakan bawah pinggang , asma, dan migran.

Ungu – merupakan warna cakra mahkota dan berhubungan dengan tenaga dari fungsi fikiran tertinggi . Warna ini membantu meningkatkan rasa percaya diri, mengurangi rasa tidak berdaya, serta mengubati kelainan mental dan saraf.

Hitam – sering dikaitkan untuk menekan nafsu makan. Bagi yang ingin mengurangi berat badan, pakailah lapik berwarna hitam untuk meja makan.

Terapi warna boleh dilakukan sendiri dengan berbagai cara, lakukan maksima empat kali seminggu. lakukan selama lima hingga 10 minit setiap kali terapi, bergantung yang diperlukan. Gitta mengingatkan, jika rasa sudah tidak sedap, segera hentikan kerana bererti tubuh sudah cukup menerima warna itu. Namun jika tubuh masih merasa rileks dan sedap, terapi boleh diteruskan sampai tubuh merasa cukup.
Cara terapi warna sangat banyak. Kita boleh menggunakan ruangan kecil dengan lampu berwarna. Di ruangan itu kita tidur dengan santai sambil mendengar muzik yang sesuai. Jika perlu, biarkan kulit terbuka tanpa penutup agar penyerapan warna lebih banyak.
�Jika ukuran bilik hanya 2�3 meter, cukup menggunakan lampu ukuran lima hingga 15 watt. Tetapi jika ruangannya besar, gunakan besaran watt yang lebih tinggi. Namun sinarannya harus dipantulkan dulu agar tidak terlalu cepat sampai ke kulit,� kata Gitta.
Selain itu, orang juga boleh memegang benda dengan warna yang kita perlukan, termasuk memakai baju dengan warna-warna yang diperlukan.
�Walau tidak secepat sinar, gelombang warna yang ada pada baju mampu merembat masuk melalui kulit. Jadi kalau kita ingin merasa berani, pakailah baju warna merah. Bila mahu wawancara pakailah baju warna biru, kerana biru melancarkan komunikasi. Sedangkan warna hitam bisa meningkatkan rasa percaya diri.

bhn bacaan untuk mengisi masa lapang..hehe

10 TIPS ELAKKAN PERGADUHAN

Gaduh! sesiapa pun pernah bergaduh. Samada gaduh dengan kawan sebilik, kawan serumah ataupun semasa bercinta. Ada apa dengan gaduh? Ada baiknya kita bergaduh. Ada juga kesedaran diri untuk diri masing-masing. Tanpa bergaduh takdalah masam-manisnya. Kadang-kala pergaduhan juga membantu menambahkan keeratan setiap perhubungan. Peace!!!

Kawal Emosi – “Chill lah!!”
Cuba kawal emosi kamu dengan cara menenangkan diri sebelum mengambil tindakan. Selalunya orang perempuan dikaitkan dengan emosi yang berlebihan. Cuba bertindak bijak dan jangan tunjukan perasaan marah atau perasaan tidak puas hati di depannya. Sekurang-kurangnya kamu tidak cuba menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah membuak-buak di dalam dada.


Jangan Cari Pasal – “Ko apehal tak puas hati!”
Dalam sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur. Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu tindakan bijak. Namun perlu diingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu.


Jujur dan Saling percaya-mempercayai – “Saya percaya awak”
Dua perkara tersebut begitu penting dalam hubungan persahabatan ataupun percintaan. Malah ia menjadi begitu penting apabila kamu telah berkahwin atau menjalinkan komitmen. Bersikap jujur dan percaya kepada si dia adalah kunci utama untuk mengukuhkan hubungan kamu. Jika dua perkara tersebut tidak ada, tunggu sahajalah keruntuhannya.


Berterus-terang – “Saya mengaku berjumpa dengan kawan lama saya Rina Aritu”
Ia merupakan jalan terbaik dalam sesebuah perhubungan. Tidak berlindung tentang sesuatu perkara adalah lebih baik daripada kamu merahsiakannya dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Bercakap benarlah walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.


Bersikap Terbuka – ” It’s okay sayang, I tak kesah pun”
Ini penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan tersebut. Jangan terlalu ambil serius mengenai sesuatu yang tidak begitu penting. Pandang sesuatu perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah.


Jangan Ungkit Perkara Lalu – “Aku tahu ko pernah mencuri kan?”
Kamu tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu. Biarkanlah is berlalu tanpa perlu membongkarkan segala kisah silam. Bimbang is hanya akan merosakkan hubungan yang sedia terjalin.


Jangan Bandingkan Dia – “Ko ni sama je dengan Bobo, busuk perangai macam kambeng!”
Jangan sesekali kamu bandingkan teman kamu dengan orang lain. Kamu perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Perkara ini jika tidak dikawal, hanya merugikan diri kamu sendiri.


Buang Sikap Ego – “Aku rileks je”
Setiap orang ada rasa egonya yang tersendiri. Namun ia perlu dikawal. Tidak kemananya ego kamu itu.


Jangan Sikap Mengongkong – “Pergilah kalau tak kau akan menyesal!”
Ini selalu berlaku kepada mereka yang sedang bercinta ataupun adik-beradik. Kamu tidak berhak untuk memonopoli dia. Biarkan dia berbuat apa sahaja apabila dia tidak bersama dengan mu. Dia juga berhak untuk menikmati masa terluangnya sendiri atau bersama-sama dengan teman-temannya. Begitu juga kamu. Ada kalanya kamu mahu bersendirian dan tidak mahu ditemani sesiapa. Cuba fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memahami diri kamu. Tetapi kamu perlu pastikan dia selamat dan pandai menjaga diri. Jangan buat dek plak!!


Setia – “Syukur alhamdulilah, aku tak pernah curang”
Ini juga untuk mereka yang sedang bercinta. Jangan sesekali berlaku curang terhadap temanmu. Setia perlu ada untuk mengukuhkan hubungan tersebut. Jika tidak sudah tentu kamu akan bertukar ganti pasangan bagaikan menukar baju. Jangan sampai diri kamu dianggap ‘murahan’ dan senang dibawa ke sana sini oleh sesiapa sahaja dalam satu jangka masa yang singkat.


hihi sama-samalah kita menjaga hubungan kita dengan org yang berada di sekeliling kita ar....tidak kira siapa mereka,love them as you love urself!!!! love u all...mmwwaahh!!! =)

11 PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBINCANG DENGAN LELAKI

Bukan mudah untuk membina hubungan yang terus bahagia. Kadang-kadang pertanyaan dan jawapan membawa padah kepada si pasangan. Jadi, hati-hatilah soal apa yang harus dan tidak harus diceritakan kepada pasangan anda. Ada beberapa tips yang perlu kita tahu:
  • Jangan buat lelaki patah semangat terhadap pekerjaannya. Sebaliknya cubalah membantu.
  • Janganlah hendak diperbesarkan jika pendapatan anda melebihnya. Boleh menyinggung perasaan dia beb!
  • Jangan membandingkan dia dulu dengan sekarang.
  • Benci ibunya.
  • Jika ilmu kamu lebih darinya, janganlah cuba mengajarnya melainkan dia ingin belajar dari kamu.
  • Jangan cerita tentang keburukan kawan baik lelaki itu. Kawan penting bagi lelaki.
  • Jangan cerita tentang ada lelaki lain menyukai kamu atau ingin mengenali kamu.
  • Kadang-kadang cerita tentang kawan lelaki kamu membuat dia cemburu dan kurang senang. So kurang-kurangkanlah yer.
  • Perkataan cerai atau putus. Memang satu perkataan yang lelaki tak boleh dengar. Eloklah kamu hindarkan.
  • Jangan cerita tentang keburukan pasangan anda. Lelaki juga sensitif. Jika perangai atau kelakuannya, bincanglah secara lembut.
  • Sebut tentang bekas teman lelaki. Ini pedih bagi lelaki.
Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
hahaha sama-sama kita renungkan ya...n kalau ada yang patut diamalkan tu...kita amalkanlah untuk kebaikan bersama...hihi=)

Thursday, 17 February 2011

kata-kata hikmat!!!

Imaginasi adalah sesuatu yang amat berguna kepada pelajar. Ia boleh membuat pelajar merasa bahawa belajar itu susah, atau belajar itu senang. Maksudnya, jika di dalam imaginasi pelajar itu menunjukkan bahawa belajar itu adalah perkara susah, maka pelajar itu pasti merasa susah semasa hendak belajar.
Begitu juga sebaliknya jika imaginasi pelajar menunjukkan bahawa belajar itu mudah dan menyeronokkan, ia akan menjadi nyata.
Jadi, jika anda belajar itu susah, periksa semula apakah imaginasi anda terhadap pelajaran?

Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian. ~Osman Affan

Jika diberi peluang, semua pelajar mahu menjadi cemerlang. Jika diberi peluang, semua pelajar mahu berjaya dalam hidup. Namun, anda perlu ingat bahawa, jika anda tidak faham konsep di atas, anda akan jadi tidak sabar untuk mengecap sesuatu yang menyeronokkan. Benar, kejayaan adalah menyeronokkan, tetapi bolehkah anda bersabar dan berusaha untuk mengecapinya?
hai...i create my blog today...want to follow my friend,hehehe she suggest me to create my own blog so i do it already..hoho thanks ya friend..i love you so much...and im so proud that i know you in my life...thanks God because You give me a friend like her...=)
huhu dont know already what i want to say...just all for this time la...i will continue it again later...;-)